Welcome!

Hi everyone. Feels free to make any comment about my blog. It is new published, fresh make started on 23rd Feb 2011.
From time to time, i'll add new items ;)

Tuesday, June 26, 2012

Menu ni mmg kesukaan saya, biasalah org Pahang mmg makan tempoyak ;)
Jika tak mahu guna ikan bilis, boleh juga diganti dgn ikan. Selamat mencuba ;)


RESIPI Sambal Tempoyak Ikan Bilis...
(Resipi ni tak pakai serai... Nak goreng dulu ikan bilis tu pun boleh.. taknak goreng pun boleh... )

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 2 genggam ikan bilis- dibersihkan
  • 5 biji cili api * - nak pedas boleh tambah
  • 1 btg cili merah *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup atau 1/2 st serbuk kunyit *
  • 1/2 labu bawang besar - di potong 8
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak2
  • tempoyak ikut suka nak banyak mana... dlm 1 senduk ker...
  • garam secukup rasa (jgn banyak2.. sbb ikan bilis dah masin..)
  • minyak

Cara-cara

  1. Untuk ikan bilis yang di goreng: Ketepikan 1 sudu ikan bilis .. Goreng ikan bilis sehingga garing... ketepikan... Kisar bahan bertanda * bersama 1 sudu ikan bilis yang diketepikan tadi..
  2. Untuk ikan bilis yang tak digoreng: Kisar kasar ikan bilis dan bahan bertanda * ...
  3. Tumis semua bahan kisar sehingga garing..
  4. Masukkan tempoyak... kacau sehingga naik bau...
  5. Tambah sedikit air... masukkan garam... masak sehingga naik minyak dan pekat...
  6. Masukkan daun kunyit dan bawang besar ... kacau rata... tutup api bila bawang besar dah layu...
  7. Untuk ikan bilis goreng, last sekali, masukkan ikan bilis tadi.. kacau rata... siappp :)
untuk lain2 resipi sila layari : http://www.myresipi.com/top/detail/6941

Monday, August 8, 2011

Waktu rehat pada 8 Ramadhan

Hari ni 08/08 Isnin bersamaan 8 Ramadhan.  Melihat ke luar tingkap dari tingkat 33 bangunan ini, terasa seperti di luar tu cuasa panas je.  Bila melihat ke sebelah tepi bangunan menghala ke KLCC...penuh dengan atap-atap merah peniaga bazar Ramadhan.  Hati terasa nak berjalan kesana tapi....ada kerja yang menghalang ;(

Ini la kerja yg sangat-sangat penting!  Sebab ia melayakkan markah yang tinggi hehehehe...
Pening kepala & otak nak mencari idea, bukan senang nak buat. Saya ni bukan master dlm bidang ni cuma amatur je hehehe...
Takpela...pujuk hati esok baru keluar.  Masih ada banyak hari lagi nak puasa kan...takkan lari peniaga-peniaga tu.
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua Muslimin & Muslimat.  Moga mendapat puasa yang berkat ..Amin

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa - 2011

As Salam kepada semua yg berugama Islam.  Alhamdulillah kita dapat merasa berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini, Insya-Allah.  Betapa bertuahnya kita bila dapat bersama-sama berpuasa dengan sahabat, saudara mara & ibu bapa.  Hari ini sudah masuk hari ke-2 berpuasa,  bagi mereka yg bercuti..tentulah rasa biasa sahaja tapi bagi mereka yg bekerja...penat & dahaga agak terasa sedikit apatah lagi dengan cuaca yg agak panas & kering.
Puasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga.  Ia mengajar kita supaya lebih berjimat cermat, ingat kepada golongan yg tidak mampu & juga mangawal amarah serta bersifat sabar.  Dalam bulan yg berkat ini, tentunya kita tidak mahu meninggalkan solat terawih, ganjaran pahala yg banyak berbanding bulan2 Islam yg lain. Perlu diingat...tertib mengambil wudhu itu penting supaya sembahyang kita diterima Allah ;)
Bila waktu2 begini tentulah kita terasa kehilangan orang2 yg telah pergi megadap Illahi.  Mengenang kembali memori sewaktu mereka masih ada, kadang kala mengguris jiwa. Memang putaran waktu tidak boleh diundurkan semula,  maka kita yang masih hidup ini berjalanlah dengan tabah.  Bersihkan jiwa & hati, semoga ia akan tenang dalam menjalani kehidupan Insya-Allah