As Salam kepada semua yg berugama Islam. Alhamdulillah kita dapat merasa berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun ini, Insya-Allah. Betapa bertuahnya kita bila dapat bersama-sama berpuasa dengan sahabat, saudara mara & ibu bapa. Hari ini sudah masuk hari ke-2 berpuasa, bagi mereka yg bercuti..tentulah rasa biasa sahaja tapi bagi mereka yg bekerja...penat & dahaga agak terasa sedikit apatah lagi dengan cuaca yg agak panas & kering.
Puasa bukan sekadar menahan lapar & dahaga. Ia mengajar kita supaya lebih berjimat cermat, ingat kepada golongan yg tidak mampu & juga mangawal amarah serta bersifat sabar. Dalam bulan yg berkat ini, tentunya kita tidak mahu meninggalkan solat terawih, ganjaran pahala yg banyak berbanding bulan2 Islam yg lain. Perlu diingat...tertib mengambil wudhu itu penting supaya sembahyang kita diterima Allah ;)
Bila waktu2 begini tentulah kita terasa kehilangan orang2 yg telah pergi megadap Illahi. Mengenang kembali memori sewaktu mereka masih ada, kadang kala mengguris jiwa. Memang putaran waktu tidak boleh diundurkan semula, maka kita yang masih hidup ini berjalanlah dengan tabah. Bersihkan jiwa & hati, semoga ia akan tenang dalam menjalani kehidupan Insya-Allah
No comments:
Post a Comment