Welcome!

Hi everyone. Feels free to make any comment about my blog. It is new published, fresh make started on 23rd Feb 2011.
From time to time, i'll add new items ;)

Tuesday, June 26, 2012

Menu ni mmg kesukaan saya, biasalah org Pahang mmg makan tempoyak ;)
Jika tak mahu guna ikan bilis, boleh juga diganti dgn ikan. Selamat mencuba ;)


RESIPI Sambal Tempoyak Ikan Bilis...
(Resipi ni tak pakai serai... Nak goreng dulu ikan bilis tu pun boleh.. taknak goreng pun boleh... )

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 2 genggam ikan bilis- dibersihkan
  • 5 biji cili api * - nak pedas boleh tambah
  • 1 btg cili merah *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup atau 1/2 st serbuk kunyit *
  • 1/2 labu bawang besar - di potong 8
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak2
  • tempoyak ikut suka nak banyak mana... dlm 1 senduk ker...
  • garam secukup rasa (jgn banyak2.. sbb ikan bilis dah masin..)
  • minyak

Cara-cara

  1. Untuk ikan bilis yang di goreng: Ketepikan 1 sudu ikan bilis .. Goreng ikan bilis sehingga garing... ketepikan... Kisar bahan bertanda * bersama 1 sudu ikan bilis yang diketepikan tadi..
  2. Untuk ikan bilis yang tak digoreng: Kisar kasar ikan bilis dan bahan bertanda * ...
  3. Tumis semua bahan kisar sehingga garing..
  4. Masukkan tempoyak... kacau sehingga naik bau...
  5. Tambah sedikit air... masukkan garam... masak sehingga naik minyak dan pekat...
  6. Masukkan daun kunyit dan bawang besar ... kacau rata... tutup api bila bawang besar dah layu...
  7. Untuk ikan bilis goreng, last sekali, masukkan ikan bilis tadi.. kacau rata... siappp :)
untuk lain2 resipi sila layari : http://www.myresipi.com/top/detail/6941

No comments:

Post a Comment